Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

9 orang mewakili Malaysia ke pentas akhir ‘Ms & Mr Culture Asia’ 2016

10:37pm 15/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 78 views Tempatan
Bakri (tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur dan para peserta (wakil Malaysia) 'Ms & Mr Culture Asia' 2016. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Bakri (tengah) bersama ahli jawatankuasa penganjur dan para peserta (wakil Malaysia) ‘Ms & Mr Culture Asia’ 2016. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Seramai sembilan orang bakal mewakili Malaysia ke pertandingan akhir “Ms & Mr Culture Asia 2016” pada 26 Februari depan di Hotel Pasific Sutera, Sutera Harbour, disini.

Pengarah Urusan Butik Sri Andaman 2 merangkap penganjur utama bagi program tersebut, Bakri Arfah berkata bahawa objektif utama pertandingan itu adalah untuk memperkenalkan budaya setiap kaum di negara ini ke mata dunia.

“Saya mahu tunjukkan kepada negara lain bahawa kita mampu hidup dalam suasana yang harmoni walaupun berbeza dari segi agama dan budaya,” katanya dalam sebuah sidang media sempena pertandingan akhir ‘Ms & Mr Culture Asia 2016’.

Selain itu, Bakri turut berkata bahawa kesemua peserta yang mewakili Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam pertandingan seumpama itu dan kesemua peserta berasal dari Sabah.

Mereka adalah pemenang tempat ketiga ‘Male Icon 2015’, Haniff @Eddy Jahudin, 28, Finalis ‘Miss Borneo’, Shopie Jenne Chua, 22, Johan ‘Miss Borneo 2015’, Asmi Nor Syafiqa,19, ‘Miss Body Beautiful’, Hadizah Buang, 30, Johan ‘Dewi Remaja Sabah 2012’, Ziannie Johor, 26, ‘Mr Stylo 2013’, Ryan Celine,23 dan ‘Male Icon’, Gopi, 22

Katanya lagi, sebanyak 14 buah negara akan turut bertanding dalam pertandingan tersebut.

Diantaranya ialah Australia, Filipin, Vietnam, Laos, Thailand, Indonesia, Angola, Nigeria, Myanmar, Taiwan, Singapura, Sri Langka, Namibia dan Malaysia.

Salah seorang peserta akhir mewakili Malaysia, Cecilia Riymante, 30 berkata bahawa beliau mempunyai keyakinan yang tinggi berhadapan dengan peserta dari luar negara.

“Kami mempunyai kualiti yang sama dengan peserta dari luar negara… kami bangga dalam menyebarkan budaya setiap kaum di negara ini kepada negara luar”, katanya.

Selain itu, tambahan Bakri, Naib Timbalan Pengerusi UMNO, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor akan hadir bagi merasmikan acara tersebut dan beberapa artis tempatan juga akan hadir membuat persembahan di pentas akhir ‘Ms & Mr Culture Asia 2016’- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Para peserta mewakili Malaysia ke pentas akhir 'Ms & Mr Culture Asia' 2016

Para peserta mewakili Malaysia ke pentas akhir ‘Ms & Mr Culture Asia’ 2016. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan