Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

9 Kemuliaan Orang Menjaga Solat

8:48pm 10/02/2016 Zakir Sayang Sabah 139 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Siapakah insan yang paling mulia di sisi Allah?

Manusia yang paling mulia itu apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh berjemaah pada awal waktu, terutamanya kaum lelaki. Kemudian, dia mengakhiri pula harinya dengan solat Isyak berjemaah di masjid mahupun surau.

Jika di dinding muka buku dipenuhi dengan status yang menyeru ke arah kebaikan kepada masyarakat umum namun bagaimana pula status wajib yang patut diupdate dalam hati untuk menjaga solat fardhu yang Allah perintahkan?

Justeru mari kita bermuhasabah bersama-sama agar kita tidak rugi di akhirat kelak.

Kepentingan solat itu dapat dilihat di dalam konteks Al-Quran dan As-sunnah. Ketika berada di Markaz Bahasa Arab di Mesir, ustaz saya selalu menekankan aspek penjagaan solat.

Suatu hari saya memakai baju yang tertera di atasnya perkataan Fajar, Zuhur, Asar, Magrib dan Isyak. Kemudian ustaz menyuruh saya membacakan surah al-Hud ayat 114 yang berbunyi,

“ Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam.”Surah al-Hud, ayat 114

Tidak hairanlah Saidina Uthman bin Affan memberitahu ada 9 kemuliaan orang yang menjaga solat, iaitu:-

1. Dicintai Allah

Cinta adalah kebenaran dan keadilan dan kerananya langit, bumi dan seluruh isinya diciptakan. Cinta termulia dan tertinggi adala cinta-Nya yang dapat diperolehi setelah kita berusaha untuk menjadi hambanya dengan melaksanakan solat sesempurnanya.

2. Badan selalu sihat

Banyak kajian saintifik yang dibuat mengenai betapa manfaatnya gerakan solat terhadap fizikal manusia seperti hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya yang mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

3. Dijaga oleh Malaikat

Dalam diri manusia, Allah SWT menugaskan empat malaikat kepadanya. Dua malaikat berada di sebelah kanan dan kirinya, yang sentiasa mencatat setiap amal perbuatannya. Dan dua malaikat lagi yang sentiasa mengikutinya dari arah depan dan belakang.

Mereka semua menjaga manusia yang sentiasa menjaga solatnya kerana Allah SWT sentiasa rapat dengan orang yang tidak melupakanNya.

4. Turun berkat pada rumahnya

Menurut tafsir Ibnu Katsir, Imam Tabari berpendapat bahawa orang yang melaksanakan solat fardhu menjadi terbuka segala permintaan dari amalan-amalannya yang kemudian dibalas oleh pahala oleh Allah SWT.

Maka seiring dengan itu, terbukalah segala pintu keberkatan yang melimpah ruah dalam kehidupannya termasuk seisi rumahnya.

5. Tampak pada wajahnya tanda orang soleh

Dikatakan dalam hadis Riwayat At-Tirmizi, daripada Syaqiq bin Abdullah – seorang tabiin yang disepakati kemuliaannya – dia berkata,

“Para sahabat Rasulullah SAW tidak berpendapat bahawa tidaklah amal perbuatan ditinggalkan menyebabkan kekufuran melainkan solat.”Riwayat At-Tirmizi

Hadis ini bermaksud bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat maka akan hilang nur di wajahnya manakala mereka yang memelihara solatnya pasti timbul tanda-tanda orang soleh.

6. Allah akan melembutkan hatinya

7. Lalui sirat (titian) sepantas kilat

8. Diselamatkan oleh Allah

Terdapat hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad dalam Isamuddin As-sababati, Baginda bersabda, sesungguhnya Rabbmu berfirman,

“Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya, kemudian dia memeliharanya, tidak melalaikannya kerana meremehkan haknya, maka dia mempunyai janji yang pasti Aku penuhi, iaitu Aku akan memasukkannya ke dalam syurga.”Riwayat Imam Ahmad

Oleh itu insan yang memelihara solatnya pasti akan diselamatkan daripada bahang api neraka.

9. Allah menempatkannya bersama orang yang tidak takut dan tidak sedih

Allah berfirman dalam surah al-Ma’arij,

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah dan gelisah; apabila ditimpa kesusahan, dia sangat gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil, kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.”Surah al-Ma’arij, ayat 19

Justeru itu jadilah individu muslim yang mutlak, sentiasa melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya terutamanya dalam urusan akhirat. Seperti mutiara kata Imam Hassan al-Basri,

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, karena kamu akan rugi di keduanya.

Singgah di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”Imam Hassan al-Basri

Akhir kata, tunaikan solat dengan sebaiknya berpandukan firman Allah di dalam surah Hud ayat 114, sebaiknya yang dimaksudkan adalah melaksanakan solat pada awal waktu, suci daripada kekotoran dan menjaga kekhusyukkan.

Mudahan Allah menerima segala amalan baik kita.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Fajrul Islam Baharudin)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan