
KOTA KINABALU: Sembilan buah rumah kongsi pekerja kilang musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Lembising, Putatan, pagi tadi.
Menurut pihak bomba, kejadian itu melibatkan rumah jenis tidak kekal berkeluasan satu ekar dan terbakar 100 peratus dalam kejadian berkenaan.
Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 10.55 pagi dn tiba di lokasi kejadian sejauh 14 kilometer itu pada jam 11.13 pagi.
Operasi yang melibatkan seramai 43 anggota serta lapan jentera itu berjaya dikawal pada jam 11.47 pagi.
Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih disiasat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah