Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

9 buah gerai musnah dalam kebakaran di Taman Pantai Lokawi, Sabindo

KOTA KINABALU: Tujuh buah gerai sayur dan dua buah gerai ikan musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Pantai Lokawi, Sabindo, di sini, awal pagi tadi.

Pihak bomba telah mendapat panggilan mengenai kejadian itu pada jam 12.48 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 20 kilometer itu pada jam 1.08 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian yang memusnahkan gerai yang berkeluasan 12 kaki lebar dan 12 kaki panjang setiap satu itu.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Aloysius Stephen itu tamat pada jam 2.00 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan