Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

88,000 dikerah berjaga-jaga

ANGGOTA polis Perancis berjaga-jaga di luar pasar Kosher di timur Paris, tempat seorang lelaki didakwa menawan lima tebusan.
ANGGOTA polis Perancis berjaga-jaga di luar pasar Kosher di timur Paris, tempat seorang lelaki didakwa menawan lima tebusan.

Paris: Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve berkata, negara itu mengerahkan 88,000 anggota di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga ekoran serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo kelmarin dan isu penawanan lima tebusan di sebuah pasar raya Yahudi di timur Paris, semalam.

Dalam pada itu, dua beradik, Cherif dan Said Kouachi yang disyaki membunuh 12 orang dalam serangan terhadap Charlie Hebdo dimasukkan dalam senarai pemantauan pengganas Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada kebimbangan semakin meningkat susulan kejadian itu, ketua agensi risikan Britain MI5 turut memberi amaran militan Islam sedang merancang ‘serangan besar-besaran terhadap negara Barat’ yang tidak dapat dihalang mana-mana agensi risikan. – AP

Komen


Berita Berkaitan