Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

88 pendaki mulakan ekspedisi ke Laban Rata

Masidi semasa 'flag-off'  mendaki Gunung Kinabalu, di Timpohon semalam. - Foto Alexion Mairin / Sayangsabah
Masidi semasa ‘flag-off’ mendaki Gunung Kinabalu, di Timpohon semalam. – Foto Alexion Mairin / Sayangsabah

TIMPOHON GATE (Kundasang) – Seramai 88 orang pendaki yang terdiri daripada kakitangan Sabah Park, agensi dan jabatan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, wakil media, NGO dan malim gunung hari ini menjadi kumpulan pertama mendaki ke Laban Rata, Gunung Kinabalu sejak ditutup pada 6 Jun lepas.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ekspedisi itu turut disertai oleh dua kumpulan pakar dari negara Kanada dan Jepun yang akan membantu mengenalpasti kerja pembaikan laluan pendakian yang  perlu dilakukan oleh Sabah Park.

“Semua peserta akan mendaki sehingga ke Laban Rata sebelum dijadualkan turun semula ke Timpohon Gate pada jam 2 petang,” katanya pada Majlis Perlepasan Pendakian Harian Gunung Kinabalu di sini hari ini.

Beliau juga berkata, Sabah Park bercadang membuka kembali aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu kepada orang awam pada 1 September depan, namun ia bergantung kepada hasil pemeriksaan dan kajian teknikal yang dibuat kumpulan pakar berkenaan.

“Keputusan akan dibuat selepas satu mesyuarat teknikal diadakan pada 11 Ogos ini di antara kumpulan pakar dengan Sabah Park,” katanya lagi.

Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan