Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

87.8 peratus bilangan penagih di Sabah adalah remaja, belia

Jainab Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan​ menyampaikan  Surat Penghargaan kepada salah seorang polis bantuan. Turut kelihatan, Izhar Abu Talib (kiri). - foto Jabatan Penerangan
Jainab Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan​ menyampaikan Surat Penghargaan kepada salah seorang polis bantuan. Turut kelihatan, Izhar Abu Talib (kiri). – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Jumlah penagih dadah di negeri ini pada tahun lalu mencatatkan peningkatan seramai 1,036 orang iaitu kira-kira 57 peratus berbanding 658 dan 770 penagih masing-masing pada 2013 dan 2012.

Melihat kepada statistik Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), senario itu agak membimbangkan kerana 87.8 peratus daripada bilangan penagih itu terdiri daripada golongan remaja dan belia dalam lingkungan usia 39 tahun ke bawah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Suhaimi Abdullah berkata, AADK sentiasa komited dalam memainkan peranan sebagai sebuah agensi bertanggungjawab dalam memerangi dadah di negara ini agar ia tidak berleluasa.

Ujarnya, bermula tahun lalu, pendekatan program pendidikan pencegahan dilaksanakan berdasarkan profiling kawasan bagi menentukan strategi dan kumpulan sasar bagi sesuatu program.

“Hasilnya, AADK telah mengenalpasti tujuh kawasan berisiko tinggi di negeri Sabah iaitu masing-masing dua kawasan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau serta satu kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri di Taman Jaya Diri Sepanggar, di sini semalam.

Program itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad manakala teks ucapan Suhaimi dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Izhar Abu Talib.

Suhaimi berkata, pelaksanaan program dan aktiviti di kawasan ini akan dilaksanakan melalui inisiatif Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS) iaitu kerjasama dan perkongsian pintar pelbagai agensi dan jabatan dalam mempastikan objektif program tercapai dan dapat dirasai oleh masyarakat.

Mengenai program itu yang disambut pada 19 Februari setiap tahun, beliau memberitahu ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat akan peranan dan tanggungjawab mereka mengenai ancaman bahaya dadah terhadap keamanan, kesejahteraan, keselamatan dan kestabilan sosio-politik serta ekonomi negara. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan