Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

86,716 pelancong berkunjung ke Tambunan

TAMBUNAN: Seramai 86,715 pelancong telah berkunjung ke Daerah Tambunan sempena Tahun Melawat Tambunan 2017.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata rekod itu membuktikan sektor pelancongan berpotensi besar sekiranya masyarakat setempat serius mengambil bahagian dalam bidang berkenaan.

“Sektor pelancongan mampu memberikan pulangan yang lumayan khususnya kepada agen pelancongan, pengusaha rumah inap (home stay), pengusaha makanan, pengangkutan seterusnya kepada masyarakat setempat.

“Usaha yang telah dibawa oleh kerajaan dalam memperkenalkan daerah Tambunan sebagai destinasi pelancongan seharusnya diteruskan selepas ini.

“Saya mengharapkan pihak swasta atau orang perseorangan yang mempunyai kemampuan dan minat agar meneruskan usaha ini untuk terus membawa para pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi daerah yang terkenal dengan jolokan “The Switzerland Of The East,” ujar beliau.

Pairin berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Krismas 2017, Majlis Kesyukuran Pelaksanaan Tahun Melawat Tambunan 2017 dan Sambutan Tahun Baru 2018 peringkat daerah Tambunan di Pisompuruan Square dekat sini, pagi tadi.

Terdahulu, Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Logijin dalam ucapan aluannya menyatakan sepanjang penganjuran Tahun Melawat Tambunan 2017, 22 program telah dianjurkan bagi menarik kehadiran pelancong ke daerah tersebut.

Antara program yang mendapat sambutan amat menggalakan adalah Karnival Kaamatan Tambunan, Pemeran Eko-Pelancongan dan Festival Muzik Tambunan, Sambutan Pesta Kaamatan Daerah Tambunan serta Tamu Besar Tambunan.

Jelas beliau, melalui 22 program yang telah dilaksanakan sepanjang kempen Tahun Melawat Tambunan 2017, sejumlah 78,131 pelancong tempatan, 6,880 pelancong dalam negara manakala 1,704 lagi pelancong luar negara.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositun, Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Pengerusi KDCA Tambunan Datuk Daniel Kinsik, Pengurus Besar Projek Utama SESB, Ir. John Gomez ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, guru-guru dan para pelajar sekolah.-/PENERANGAN

TERTARIK… Pairin tertarik dengan keunikan penyediaan makanan dari Kg. Mangi-Pangi dan Kg. Tangaban yang menggunakan buluh sebagai tempat menyimpan juadah yang dikenali dengan nama ‘Kalumpang’.

Komen


Berita Berkaitan