Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

85 orang golongan asnaf menerima sumbangan

3:48pm 26/06/2016 Leolerry Lajius 39 views Tempatan
Rosimah dan Faisyal mengambil gambar bersama golongan asnaf sempena program berkenaan.

Rosimah dan Faisyal mengambil gambar bersama golongan asnaf sempena program berkenaan.

KOTA KINABALU: 85 orang golongan asnaf terdiri 35 ibu tunggal dan 50 anak-anak yatim menerima sumbangan duit raya dan beras daripada Pergerakan Wanita UMNO Kota Kinabalu.

Program tersebut diadakan sempena Program Karisma Ramadan 2016 anjuran Pergerakan Wanita UMNO Kota Kinabalu.

Majlis penyampaikan disempurnakan oleh Ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Hamdai Diego di Kingfisher, Likas.

Ketua Wanita UMNO Kota Kinabalu, Datuk Rosimah Zakaria berkata program ini merupakan program tahunan Wanita UMNO Kota Kinabalu.

Katanya budaya memberi bantuan kepada golongan tidak bernasib baik itu sebenarnya merupakan satu budaya yang cukup unik di negara ini.

Ia jelas menunjukkan bukan sahaja kerajaan, tetapi juga badan-badan korporat dan pertubuhan mempunyai semangat bantu-membantu yang cukup tinggi.

Tidak banyak negara yang mempunyai budaya seperti ini dan kita perlu meneruskannya sebagai salah satu tanggungjawab bersama,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Hamdain Diego berkata Semua pihak diminta menjadikan aktiviti membantu golongan tidak bernasib baik sepanjang bulan Ramadan ini sebagai budaya sepanjang tahun.

Beliau berkata, amalan seperti itu tidak wajar cuma diadakan pada bulan Ramadan sahaja.

Menurut beliau, ini kerana golongan tidak bernasib baik seperti keluarga daif dan miskin, ibu tunggal serta anak-anak yatim memerlukan pembelaan sepanjang masa.

“Kita sememangnya gembira dengan budaya beramal dengan penganjuran begitu banyak program bagi menyalur bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

Namun, pada masa yang sama, kita amat berharap golongan ini dapat dibela dan diberi perhatian sepanjang masa, tidaklah terhad pada bulan Ramadan sahaja,” katanya./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan