Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

847 permohonan Skim Pembiayaan Micro-i Bazar Ramadan dilulus

bazar

TUARAN : Kira-kira 2,000 permohonan Skim Pembiayaan Micro-i Bazar Ramadan diterima daripada penjaja dan peniaga kecil di negeri ini, namun hanya 847 permohonan diluluskan dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM2 juta.

Pengerusi Majlis Penjaja Peringkat Negeri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya akan mempertimbangkan lagi permohonan daripada penjaja yang tidak berjaya bagi memastikan lebih ramai penjaja dan peniaga kecil di negeri ini memperoleh manfaat daripada skim tersebut.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, pihak majlis penjaja akan bekerjasama dengan urus setia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membawa perkara tersebut ke peringkat kerajaan pusat bagi meluluskan permohonan tambahan.

“Saya berharap permohonan daripada penjaja dan peniaga kecil yang tidak diluluskan dapat bersabar kerana kita akan membawa perkara ini ke peringkat pusat dalam masa terdekat bagi mendapatkan peruntukan tambahan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Skim Pembiayaan Micro-i Bazar Ramadan 2014, di sini pada Jumaat

Yang hadir sama Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Severinus Tukah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim dan Pegawai Daerah Tuaran Mohd. Ibnu Abdul Kadir Baba.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata, berdasarkan permohonan yang diterima daripada penjaja dan peniaga kecil di negeri, pihaknya menjangkakan peruntukan sebanyak RM6 juta diperlukan bagi memenuhi permohonan golongan tersebut bagi skim tersebut.

Menurutnya, pihaknya akan berusaha untuk memastikan hasrat penjaja yang ingin berniaga di bulan Ramadan akan tercapai, sekali gus memupuk budaya berniaga dalam kalangan bumiputera dapat dilaksanakan.

Komen


Berita Berkaitan