Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

84 orang guru dan kakitangan terima anugerah KKCCI

9:29pm 17/05/2016 Leolerry Lajius 12 views Tempatan
Micheal Lui (tengah)mengambil gambar bersama penerima anugerah pada majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Michael Lui (tengah)mengambil gambar bersama penerima anugerah pada majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seramai 84 orang guru dan kakitangan dari lapan buah sekolah di bawah seliaan Kota Kinabalu Chinese Chamber of Commerce and Industry (KKCCI) menerima anugerah perkhidmatan jangka panjang dari tempoh 10 hingga 30 tahun berbanding dengan 61 orang penerima pada tahun lalu.

Menurut Presiden KKCCI Datuk Michael Lui, peningkatan jumlah penerima anugerah ini merupakan satu fenomena yang menggalakkan ditambah dengan pertambahan jumlah guru sekolah rendah yang berjaya mendapat ijazah daripada 4 orang sebelum ini dan bertambah kepada 33 orang pada tahun ini.

“Kerajaan telah menetapkan bahawa semua guru tadika sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Diploma.”

“Oleh yang demikian, KKCCI melalui Ahli Jawatankuasa Sekolah Tadika dan tiga buah lembaga pengelola sekolah tadika berusaha untuk membuat persiapan agar lebih ramai guru tadika dari sekolah kita mendapat pengiktirafan sebelum tahun 2020,”katanya ketika berucap sempena majlis makan malam sempena perayaan hari guru KKCCI, di sini, hari ini.

Sempena majlis tersebut, beliau turut mengumumkan bahawa guru dari tadika KKCCI yang mendapat diploma akan layak menerima penghargaan dan insentif mulai tahun 2017.

Setakat ini terdapat  seramai 500 orang guru dan kakitangan yang berkhidmat  di lapan buah sekolah di bawah seliaan KKCCI.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan