Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,521

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

838 batu karang dalam pundi hempedu

10:36am 07/03/2017 Pak Roshan 1026 views Global

BATU karang yang berjaya dikeluarkan dan sebahagian cebisan hati wanita itu. – SWNS

New Delhi: Sekumpulan doktor di sini terkejut apabila menemui 838 batu karang ketika melakukan pembedahan terhadap seorang wanita yang mereka syaki menghidap kanser.

Pushpa Devi, 60, tidak boleh makan atau minum dan mengalami sakit perut yang teramat sangat di samping sering demam sejak lebih setahun lalu.

Hasil imbasan CT menunjukkan ketumbuhan besar pada pundi hempedunya menyebabkan pakar mengesyaki dia menghidap kanser sehinggalah mereka mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialami Pushpa.

Mereka mengeluarkan 838 ‘bebola’ itu yang terbentuk hasil daripada gumpalan garam.

Wanita itu dibenarkan pulang beberapa hari selepas menjalani pembedahan.

Dr Amit Javed yang mengetuai sepasukan doktor yang melakukan pembedahan terhadap Pushpa di sebuah hospital di Delhi berkata: “Dia kelihatan terlalu sakit ketika datang untuk mendapatkan rawatan. Keadaannya bertambah teruk apabila doktor tersilap memberinya ubat kerana menyangka dia hanya sakit perut.”

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dan imbasan, pakar perubatan mengesyaki Pushpa menghidap kanser hempedu dan menjalankan pembedahan serta-merta.

“Kami terkejut apabila menemui 838 batu karang dalam pundi hempedunya. Ia kes luar biasa dan juga rumit.

“Keadaannya begitu teruk hingga kami terpaksa membuang sebahagian hatinya bersama dengan hempedunya,” kata Javed.

Bagaimanapun, 838 batu karang itu bukan satu rekod di India.

Tahun lalu, doktor di Jaipur mengeluarkan 12,000 batu karang dari hempedu seorang lelaki berusia 49 tahun. – Agensi/HMetro

DR AMIT dan pasukannya menunjukkan batu karang yang berjaya dikeluarkan dari pundi hempedu Pushpa. – SWNS

Apa Komen dan Pendapat Anda