Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

835 Individu Didakwa Guna MyKad Palsu Sejak 2009

1:56pm 03/12/2015 Pak Roshan 157 views Mutakhir,Nasional

mykad

KUALA LUMPUR – Seramai 835 individu telah didakwa kerana mengggunakan kad pengenalan palsu sejak enam tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata kesemua individu itu ditangkap hasil daripada 1,884 operasi yang dijalankan pihak berkuasa dari 2009 hingga November tahun ini.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang boleh dihukum mengikut peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, yang ingin tahu tindakan ke atas sindiket sijil kelahiran palsu.

Menurut Masir, selain operasi penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara turut mengetatkan kualiti MyKad baharu yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi dan sukar dipalsukan.

“Ada pelbagai ciri telah dipertingkatkan, tulisan dan gambar kecil pemohon yang tidak boleh dipinda dengan mudah selain ketahanan kad (fizikal) yang tinggi dan telah diuji di makmal,” katanya.

Masir berkata setiap kelahiran adalah sangat penting untuk didaftarkan bagi menentukan status warganegara seseorang selain merancang agenda pembangunan negara. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan