Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,782

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

82 peratus permohonan tanah di negeri ini telah dibatalkan

2:36pm 24/11/2016 Leolerry Lajius 157 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Sebanyak 82 peratus permohonan tanah di negeri ini telah dibatalkan berdasarkan rekod Jabatan Tanah dan Ukur.

Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata, pembatalan ini adalah disebabkan oleh pertindihan permohonan tanah,  telah diduduki dan diusahakan oleh Anak Negeri secara turun temurun,  termasuk dalam hutan simpan dan tanah kerajaan, melibatkan cadangan rizab tadahan air dan kawasan dipohon berkecerunan melebihi 25 darjah.

“Di samping itu, didapati banyak permohonan tanah yang diproses dan diluluskan tidak dapat diukur kerana telah diduduki atau diusahakan oleh individu lain yang juga anak negeri secara turun-temurun.”

“Maka, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur hanya akan mendaftarkan permohonan tanah baharu jika dibuktikan bahawa kawasan yang dipohon adalah tanah kerajaan yang telah diduduki secara turun temurun, tidak terlibat dengan cadangan rizab kerajaan dan tanah kerajaan yang tersedia tidak diduduki oleh mana-mana pihak,”katanya.

Menjawab persoalan mengenai status tanah kerajaan di sepanjang jalan Kimanis ke Keningau seluas 4,000 ekar sama ada sesuai untuk diduduki atau dimajukan kerana struktur tanah di tepi jalan kawasan itu yang terdedah kepada bahaya penghakisan.

Beliau menyatakan, status tanah berkenaan sedang dalam proses untuk pewartaan sebagai kawasan hutan simpan.

“Justeru, semua permohonan tanah yang melibatkan kawasan tersebut akan dibatalkan dan notis untuk memberhentikan pembinaan struktur dan merobohkan bangunan di kawasan berkenaan juga telah dikeluarkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan berbahasan Bajet 2017 ketika Persidangan DUN mesyuarat ketiga penggal keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan