Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

82 PATI Indonesia Dan Filipina Ditahan Di Tawau Sepanjang Oktober

6:30pm 04/11/2016 Pak Roshan 257 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir

pati tawau

TAWAU – Jabatan Imigresen Tawau menahan 82 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Pacak dijalankan selama sebulan bersama pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sekitar daerah ini, kata Ketua Pejabatnya Noraini Rasi, hari ini.

Menurutnya, kesemua Pati yang ditahan terdiri daripada 55 lelaki dan 27 wanita berumur antara satu hingga 82 tahun.

Katanya, operasi bersepadu itu dijalankan bermula 4 Oktober lepas hingga 31 Oktober di kawasan Batu-Batu, Sabindo dan Tanjung Batu Logpond, Tanjung Batu dekat sini.

“Sepanjang operasi, 1,756 orang diperiksa manakala mereka yang ditahan terdiri daripada 66 warga Indonesia dan 16 warga Filipina.

“Lima puluh empat daripada Pati itu ditahan di bawah Seksyen 5 Akta Imigresen dan 28 orang lagi di bawah Seksyen 6 (1)(c) akta sama selepas didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Noraini berkata ramai Pati berkenaan ditahan ketika cuba masuk ke daerah ini menggunakan laluan tikus yang dikenal pasti dan diseludup menggunakan bot jongkong. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan