Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

80 rumah hangus terbakar di Tawau

TERBAKAR... Operasi memadam dan mengawal kebakaran masih dijalankan setakat jam 5.00 petang tadi.
TERBAKAR… Para penduduk melihat anggota pasukan bomba berusaha memadam api kebakaran di Kampung Sentosa Dua daripada terus merebak.

TAWAU – Seramai 500 orang penduduk hilang tempat tinggal apabila 80 buah rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Sentosa Dua, Jalan Tengku Osman di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 3.10 petang.

“Sepasukan 19 anggota bomba dan penyelamat dilengkapi tiga buah jentera Scania bergegas ke lokasi kebakaran bagi operasi memadam kebakaran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan bomba terpaksa mengambil masa tiga jam sebelum dapat memadam dan mengawal sepenuhnya kebakaran dari terus merebak.

“Struktur rumah jenis papan, cuaca panas serta berangin merupakan faktor utama api merebak dengan cepat dan mengakibatkan 80 buah rumah hangus terbakar,” katanya lagi.

Menurutnya, operasi tamat jam 6.15 petang dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan