Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

80km tolak mayat

 RAMULU duduk sambil menangis kerana terlalu penat selepas menolak mayat isterinya sejauh 80 kilometer. - Agensi
RAMULU duduk sambil menangis kerana terlalu penat selepas menolak mayat isterinya sejauh 80 kilometer. – Agensi

Hyderabad, India: Seorang pengemis terpaksa menolak mayat isterinya di dalam kereta tolak sejauh hampir 80 kilometer selepas tidak mampu menyewa pengangkutan bagi membawa mendiang pulang ke kampung untuk dikebumikan.

L Ramulu, 53, berkata, isterinya, Kavita, 46, meninggal dunia pada Jumaat lalu ketika berada di Hyderabad akibat sakit.

Menurutnya, pihak hospital meminta bayaran Rs5,000 (RM315) untuk perkhidmatan ambulans bagi membawa mayat mendiang pulang ke kampungnya di Sangareddy.

Pasangan itu pergi ke Hyderabad selepas mendapat tahu ada sebuah agensi bantuan mahu memberikan beras percuma kepada pengemis.

Bagaimanapun, ketika baru mendaftar di agensi itu Kavita yang sudah lama sakit tiba-tiba meninggal dunia. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan