Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

8000 umat islam tunai solat Hari Raya Aidil Adha

Tun Juhar bersalaman dengan para jemaah sebelum meninggalkan majlis.
Tun Juhar bersalaman dengan para jemaah sebelum meninggalkan majlis.

KOTA KINABALU  : Lebih kurang 8,000 umat Islam menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha di Masjid Negeri dekat Sembulan, hari ini

Hadir sama, Yang DiPertua Negeri, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin serta Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungus @ Aziz Jaafar dan solat diimamkan Imam Besar, Saidin Arpha sementara khutbah disampaikan Khatib, Ibrahim Kisab.

Dalam masa sama, menurut Setiausaha Sulit Kepada Tuan Yang Terutama Abinan Asli, Tun Juhar menyumbang 20 ekor lembu korban kepada 20 masjid serta agensi penguatkuasa.

Antaranya adalah Masjid Kg Bangka-Bangka Likas, Masjid Kg Waridan Inanam, Masjid Kg Bolong Baru Tuaran, Masjid Al-Jariah Kg Buang Sayang, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Rejimen Keenam Arteri Diraja Malaysia Kem Lok Kawi. -PENERANGAN

Komen


Berita Berkaitan