Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

80 tong minyak petrol cuba diseludup ke filipina

petrol

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 80 tong berisi minyak petrol dari sebuah bot pam yang disyaki hendak diseludup ke negara jiran.

 

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kepten (M) Anor Jaafar berkata, bot pam terbabit ditahan di perairan Pulau Mantabuan, Semporna kira-kira jam 1 petang kelmarin.

 

“Nilai barang rampasan dianggarkan berjumlah kira-kira RM4,200,” katanya dalam satu kenyataan di sini sambil mengesahkan tiga suspek turut ditahan.

 

Menurut Anor, siasatan lanjut menunjukkan ketiga-tiga suspek iaitu juragan dan dua awak-awak (15-23 tahun) tidak mempunyai dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa.

 

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek yang gagal mengemukakan lesen bot dan dokumen pengenalan diri yang sah turut ditahan di dalam pemeriksaan terbabit.

 

“Kita mengesyaki ketiga-tiga suspek hendak membawa minyak petrol ini ke Filipina kerana bot mereka dikesan sedang menghala ke sempadan negara jiran itu sebelum ditahan.

 

“Kita percaya mereka cuba menyeludup keluar minyak petrol terbabit secara haram dari negara kita ke negara jiran,” katanya.

 

Anor berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Semporna untuk direman dan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.

 

Berikutan kekerapan kes-kes sedemikian di perairan Semporna, beliau berkata tugas-tugas penguatkuasaan untuk membanteras dan menyekat aktiviti penyeludupan akan terus digiatkan.

 

“Kita berharap orang awam akan turut membantu menyalurkan maklumat kerana aktiviti penyeludupan juga memberikan impak negatif terhadap sosial dan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan