Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

80 rumah musnah, 500 sehelai sepinggang

Penduduk hanya mampu melihat api yang sedang memusnahkan rumah dalam kejadian kebakaran di Kampung Airport Lama sekitar jam 9.30 pagi tad
Penduduk hanya mampu melihat api yang sedang memusnahkan rumah dalam kejadian kebakaran di Kampung Airport Lama sekitar jam 9.30 pagi tad

TAWAU: Dianggarkan 500 mangsa tinggal sehelai sepinggang apabila 80 buah rumah mereka musnah dalam kebakaran besar di Kampung Airport Lama di sini sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Ketua Bomba Zon Tawau, Ismaidi Ismail yang ditemui pemberita di lokasi berkata, pihaknya bergegas ke lokasi bersama enam jentera termasuk utiliti serta 27 orang pegawai dan anggota selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.41 pagi.

Menurutnya, pihaknya berdepan masalah tekanan air berikutan ketiadaan pili bomba yang sempurna di kawasan penempatan setinggan tersebut dan terpaksa mengambil sumber air daripada pili bomba sekolah rendah dan masjib berdekatan.

“Kita juga mendapatkan air dari sumber terbuka iaitu di taman awam dan akhirnya berjaya mengawal api pada jam 11.10 pagi,” katanya sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalan insiden itu dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Salah seorang mangsa, Rahim Tanri, 29, mengakui amat terkejut melihat api yang sedang memusnahkan atap rumahnya kerana pada mulanya menganggap bunyi bising yang kedengaran di luar adalah suara budak-budak bergaduh.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan