Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

80 ribu hektar kawasan hutan di Sabah bakal diisytiharkan sebagai TPA

3:09pm 08/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 27 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
MUSA (tengah) menerima cenderakenangan daripada Sabah Softwoods Berhad.

MUSA (tengah) menerima cenderakenangan daripada Sabah Softwoods Berhad.

KOTA KINABALU- Sejumlah 80,000 hektar kawasan hutan di negeri ini bakal diisytiharkan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (Totally Protected Areas -TPA)

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata kerajaan negeri telah berjanji untuk menambah keluasan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya kepada 30 peratus daripada kawasan tanah di negeri ini dalam tempoh satu dekad.

” Bagi ekosistem daratan di Sabah, lebih 24.2 peratus (kira- kira 1.8 juta hektar) daripada keluasan tanah di negeri ini telah diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Heart Of Borneo (HoB), dekat sini, hari ini.

Tegas beliau, penambahan keluasan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya itu perlu seiring dengan rasionalisasi berterusan untuk para pengguna tanah demi mengekalkan kesejahteraan sosio-ekonomi masyarakat setempat terutama yang tinggal berdekatan dengan kawasan perlindungan tersebut.

” Mereka (masyarakat) perlu terlibat melalui pelbagai inisiatif seperti ekopelancongan, dan yang paling penting mereka perlu diberi pendedahan bagi memastikan bahawa semua program yang diperkenalkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Hadir sama, Ketua Konservator Hutan negeri, Datuk Sam Mannan.

Menurut Sam, penambahan jumlah keluasan TPA itu tidak akan memberi kesan kepada tanah masyarakat setempat (community land).

” Ini disebabkan oleh kerjasama oleh empat buah unit Pengurusan Hutan (Forest Management Unit (FMU) termasuklah Yayasan Sabah, Eco- Plantation, Anika Desiran dan Timberwell Bhd. Dengan keputusan ini, hampir semua tanah lembap yang penting kini dilindungi sepenuhnya,” katanya.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan