Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

80 buah rumah musnah, 200 hilang tempat tinggal

9:53am 25/06/2016 Leolerry Lajius 897 views Tempatan
Pihak bomba menjalankan operasi pemadaman.

Pihak bomba menjalankan operasi pemadaman.

KUDAT: Kira-kira 80 buah rumah musnah, menyebabkan hampir 200 orang penduduk kehilangan tempat tinggal dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Tanjong Kapor awal pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 1.48 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 4 kilometer itu pada jam 1.53 pagi.

IMG-20160625-WA0002

Kejadian ini merupakan kebakaran besar yang kedua berlaku di daerah ini dalam tempoh sebulan selepas kira-kira 250 rumah atas air di Kampung Landung Ayang musnah menyebabkan lebih 1000 penduduk tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian 23 Mei lalu.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG-20160625-WA0000

 

IMG-20160625-WA0003

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan