Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

80% Bomba Labuan Bertugas Semasa Hari Raya

Bomba-Bantuan

LABUAN : Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 89 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan akan bertugas semasa cuti panjang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pegawai peringkat tinggi juga diletakkan dalam keadaan bersiap sedia sekiranya kemalangan berlaku.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madassin berkata berkata kesemua kakitangan terlibat akan bertugas 24 jam dan meronda di kampung-kampung dan kawasan perindustrian sebelum dan semasa musim perayaan.

Beliau menasihatkan orang ramai terutamanya pemilik bangunan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada untuk mengelakkan kebakaran dan kemalangan.

“Perangkaan kami menunjukkan panggilan kecemasan akan meningkat semasa musim perayaan berbanding bulan biasa. Kami berharap dapat membantu mengurangkan angka panggilan kecemasan dari tahun lepas, ” katanya kepada Bernama hari ini.

“Semasa musim perayaan, orang ramai leka dengan sambutan dan mereka tidak mengendahkan langkah keselamatan dan ini yang kami mahu elakkan,” katanya.

Beliau berkata jabatannya telah mengenal pasti kerosakan sistem elektrik adalah penyebab utama kebakaran.

“Kebanyakan kebakaran disebabkan kegagalan sistem elektrik dan kerosakan peralatan elektrik, salah guna dan kurang penyelenggaraan peralatan elektrik, pemasangan dawai elektrik yang salah serta kabel sambungan dan litar yang terlebih beban,” katanya.

Orang awam juga diingatkan untuk menyediakan peralatan pencegahan dan keselamatan kebakaran di rumah seperti pemadam api di rumah yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran kecil dan pengesan asap untuk memberi amaran kebakaran kepada penghuninya, kata beliau.

Beliau berkata aspek keselamatan itu mesti dipatuhi oleh pemilik premis terutamanya peserta industri minyak dan gas yang kerap mengendalikan bahan berbahaya dan peralatan mencegah kebakaran.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat akan terus berjaga-jaga dan dalam keadaan berwaspada, sedia untuk sebarang kecemasan semasa Hari Raya,” kata beliau sambil menambah risalah untuk pencegahan kebakaran akan diedarkan kepada orang awam sebelum hari raya,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan