Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

80 Batang Gigi Dikeluarkan Dari Rahang Budak Lelaki

gigi1

Mumbai – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selama empat jam bagi membuang 80 batang gigi yang tumbuh dalam rahang atas mulutnya.

Keadaan berkenaan hanya disedari oleh doktor selepas budak itu mengadu kesakitan di bahagian tersebut.

Budak itu dikenalpasti mengalami Odontoma iaitu sejenis tumor yang memberi kesan kepada gusi atau rahang dan menyebabkan pertumbuhan gigi.

Menurut doktor di hospital berkenaan, budak itu mendapatkan rawatan di situ sejak lima hari lalu dan selepas pemeriksaan dilakukan, pasukan perubatan menemui 80 batang gigi.

“Ia merupakan keadaan yang jarang berlaku pada usia berkenaan,’’ kata doktor terbabit.

Julai lalu, doktor di India telah membedah seorang remaja berusia 17 tahun yang mengalami penyakit sama.

Pembedahan selama tujuh jam itu berjaya membuang 232 batang gigi di rahangnya.

Gigi berkenaan terpaksa dibuang kerana ia dikhuatiri boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan.

Komen


Berita Berkaitan