Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

8 Tips Memilih Pakaian Bagi Muslimah

Gambar Hiasan

Pada masa ini, jumlah perniagaan pakaian muslimah telah bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Selebriti juga mula menceburkan diri dalam bidang ini berikutan permintaan yang tinggi.

Sebagai pengguna, kita juga rambang mata dengan begitu banyak pilihan di pasaran. Walaupun para peniaga menggunakan tema “pakaian muslimah”, namun, yang manakah benar-benar mengikuti syariat Islam?

Sebelum itu, berikut adalah sebahagian ayat al-Quran dan hadis berkaitan menutup aurat;

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka , atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”Surah an-Nuur:31

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Dua golongan daripada ahli neraka yang belum saya lihat iaitu satu, kaum yang memegang cemeti bagaikan ekor lembu digunakan untuk memukul orang. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang, merayu-rayu menarik hati sambil berjalan berlenggang-lenggok. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta (ikatan sanggul). Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya, padahal bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian dan sekian.”Riwayat Muslim

Firman Allah s.w.t di yang bermaksud:

“Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka melabuhkan jubah mereka ke seluruh tubuh mereka.” Yang lain demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”Surah al-Ahzab:59

Daripada Riwayat Ali r.a telah berkata:

“Aku duduk bersama Rasulullah berdekatan dengan Baqi’ di satu hari di mana hujan turun. Lalu, seorang wanita yang bertudung tiba-tiba terjatuh. Lantas Nabi s.a.w memalingkan muka dari wanita itu. Maka mereka (sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya dia berseluar.” Maka jawab baginda, “Ya Tuhanku, ampunilah wanita yang memakai seluar di kalangan umatku. Wahai manusia, pakailah seluar kerana sesungguhnya sebahagian daripada pakaian menutup aurat kamu semua. Dan peliharalah wanita-wanita kamu dengannya ketika mereka keluar (dari rumah).”Hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Adl dan Al-Uqaili, Al-Bazzar & al-Baihaqi

Sebenarnya pemakaian seorang muslimah tidaklah rumit. Malah ia menepati keperluan seorang muslimah yang mempunyai kehormatan yang tinggi selain menikmati fitrah seorang manusia dari Allah.

Tips memilih pakaian oleh seorang muslimah hendaklah;

#1 – Tudung Mestilah Tidak Nipis Sehingga Menampakkan Bentuk Telinga, Rambut Dan Leher.

Ia mestilah menutupi bahagian dada. Jika anda bersanggul, pastikan bentuk rambut itu tidak kelihatan.

#2 – Pilih Yang Tidak Singkat Dan Menutupi Badan.

Elakkan kain yang singkat dan berbelah yang boleh menampakkan kaki di bahagian dalam kain.

#3 – Pakaian Mestilah Longgar Dan Labuh.

Ini kerana pakaian yang sempit akan mengikut bentuk tubuh kita. Begitu juga dengan pakaian yang nipis. Apabila kita merasakan pakaian kita meampakkan kita seolah-olah bertelanjang, maka ia bukanlah pakaian yang sesuai untuk muslimah. Pakaian yang longgar dan labuh juga sesuai digunakan ketika solat.

#4 – Tujuan Pemakaian Adalah Untuk Menutup Aurat.

Maka jika anda mahu pakaian termasuk seluar, pastikan ia dibeli atas tujuan yang sama.

#5 – Memakai Seluar Bagi Wanita Adalah Harus.

Memilih seluar juga perlu yang besar, tidak tipis, dan tidak ketat.

#6 – Elakkan Memakai Pakaian Dengan Tujuan Kemegahan Dan Kemuliaan.

Namun, ini tidaklah bermakna kita tidak boleh memakai pakaian yang cantik-cantik. Allah amat suka kepada kecantikan tapi Allah juga tidak suka kepada orang yang takabbur.

#7 – Dapatkan Baju Dengan Hujung Lengan Yang Tidak Sempit Dan Tidak Pendek.

Ini untuk mengelakkan aurat terdedah semasa tangan diangkat. Walaupun demikian, pada masa ini ramai peniaga telah menyediakan baju dalam yang sesuai untuk para muslimah.

#8 – Memakai Pakaian Yang Menyerupai Lelaki

“Penyerupaan adalah dari sudut gaya dan sebahagian sifat serta gerakan.”Ibn Hajar Asqalani

(Sumber: tazkirah.net. oleh Anas)

Komen


Berita Berkaitan