Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

8 Tips Bagi Mereka Yang Berazam Ramadhan Tahun Ini Nak Mula Hafal Quran

10:00am 09/06/2016 Zakir Sayang Sabah 100 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Kita telah bertemu kembali dengan Ramadhan, bulan barakah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mengejar taqwa.

Sudah pasti ramai yang mula memasang target untuk dilaksanakan semasa bulan Ramadhan.

Dalam banyak-banyak target tu, pasti ada antara kita yang ingin menjadikan Ramadhan kali ini, sebagai titik mula untuk menghafal alQuran.

Lepas itu, macam-macam tips yang kita baca dan dengar dari orang lain.

“Ulang baca satu ayat tu 10 kali, lepas tu mesti  terhafal sendiri.”

“Hafal waktu lepas subuh. Masa tu sunyi senang nak fokus.”

Dan bermacam-macam lagi tips yang kita cuba ikut dan buat.

Tapi lepas berkali-kali mencuba masih tak menjadi. Mula rasa down dan malas nak menghafal lagi dah.

Usaha susah payah pun bukan boleh hafal. Ya betul, Allah lihat pada usaha bukannya pada hasil.

Tapi sebagai manusia biasa, kita juga terdedah dengan rasa  lemah semangat apabila hasil kepada usaha kita tak seperti yang diinginkan.

Setiap orang tak sama

Tips –tips yang kita baca atau dengar mungkin sesuai dengan orang lain dan bukannya kita.

Oleh itu cubalah cari rentak dan cara tersendiri dalam proses menghafal Quran.

Ingat, menghafal Quran bukannya satu perlumbaan yang mana kita nak habiskan dalam masa yang cepat sampai kualiti hafalan terabai.

Jadikan ianya satu pengembaraan. Pengembaraan menghafaz Quran.

Dalam mencari rentak dan gaya sendiri mungkin mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan.

Namun percayalah apabila anda berjaya menemuinya, anda akan merasakan satu nikmat yang takdapat digambarkan dengan kata-kata.

Anda mungkin akan bermula dengan menghafal satu ayat dalam masa sejam.

Lambat, tetapi dengan bekal sabar tidak mustahil anda akan sampai ke tahap yang lebih tinggi. Satu mukasurat dalam sejam, bahkan lebih. Sabar dan teruslah istiqamah dalam menghafal.

Bila tambah hafazan baru, yang lama hilang.

Ini perkara biasa. Terutama bagi yang cuba menghafal sendiri; tiada teman ataupun ustaz untuk disemak bacaan.

Dan kebiasaanya perkara ini terjadi kepada mereka yang tidak benar-benar disiplin dalam menghafal.

Kejap hafal lepas tu tinggal, kemudian nak hafal balik. Jadi kuncinya? Biar perlahan tetapi berpanjangan dan istiqamah.

Tips-tips dibawah mungkin boleh membantu anda dan mungkin juga tidak. Jadi cuba dan pilih sendiri tips mana yang sesuai untuk anda.

  • Betulkan niat.

Perkara ni kena betul-betul settle sebelum anda mulakan menghafal.

Bahkan semasa dalam proses menghafal pun tak mustahil niat anda boleh lari dan terpesong. Jadi kena sentiasa betulkan niat.

Sebab apa nak hafal Quran. Nak bangga dengan orang dengan gelaran Hafiz? Supaya dapat jadi imam di masjid/surau rumah anda?

Ini langkah paling penting dan utama bagi semua penghafaz. Sifir mudah, kalau tak ulang – lupa.

Mulakan dengan beberapa ayat yang berkaitan (lihat terjemahan) dan mula menghafal.

Permulaannya mungkin berat untuk mengulang banyak kali, tapi percayalah proses ini akan jadi semakin mudah bila anda sudah terbiasa.

  • Lihat terjemahan Quran.

Anda bukan orang Arab. Sudah pasti banyak perkataan dalam AlQuran yang tidak difahami. Oleh itu jangan malas cari terjemahan.

Kenapa kalau nak tengok cerita dengar lagu mat salleh, k-pop boleh gigih google translate cari subtitletapi dengan alQuran nak berkira?

Bahkan kalau boleh cuba faham tafsir ayat-ayat yang anda sedang hafal. Takkan nak hafal benda yang kita sendiri tak faham kan?

  • Cari guru atau teman

Disiplin adalah kunci utama dalam menghafal. Untuk menjaga disiplin kalau anda cuba menghafal sendiri teramatlah sukar.

Oleh itu carilah teman atau lebih baik guru untuk anda semak hafazan anda secara berkala. Ya berkala supaya anda tidak leka dan lupakan hafazan yang lama.

  • Gunakan satu mushaf sahaja.

Barangkali tip ini sudah biasa anda dengar. Ya memang benar kerana ia akan memudahkan anda menanda dan mencatat kesalahan hafazan anda pada mushaf Quran tersebut.

Lagi satu, mungkin ada yang lebih memilih untuk menghafal menggunakan mushaf yang kecil kerana mudah dibawa ke mana sahaja. Sebaliknya mushaf yang lebih besar adalah lebih baik untuk mata dan ingatan anda.

  • Mendengar bacaan Qari kegemaran anda.

Mungkin sudah tiba masanya anda menukar playlist handphone anda kepada AlQuran.

Selain sebagai halwa telinga, anda juga boleh memperhatikan tajweed dan lagu bacaan dari qari pilihan anda itu.

  • Satu jam sehari

Mungkin tips ini agak jarang dikongsikan tapi ianya berkesan kepada sesetengah orang.

Sebagai contoh, kebanyakan orang akan target untuk hafal satu atau setengah muka surat sehari.

Cuba tukar kaedah menghafal dengan meletakkan waktu (jam) yang perlu anda peruntukkan untuk menghafal dalam sehari.

Sebagai contoh, lepas subuh setiap hari anda akan duduk dan menghafal Quran sendiri, tanpa ada gangguan lain terutamanya handphone.

Secara tak langsung dalam masa sehari anda telah peruntukkan sejam untuk anda bersama Quran.

Dah banyak sangat masa yang diperuntukkan untuk perkara lain, kenapa tidak AlQuran?

  • Betulkan kefahaman tentang menghafal AlQuran

Seperti yang dikatakan dari awal tadi, menghafal AlQuran adalah satu pengembaraan yang menyeronokkan.

Jangan terburu-buru untuk menghabiskan hafazan sampai terabai kualiti hafazan anda. Ianya bukan perlumbaan, dalam masa yang sama tidak salah untuk meletakkan satu garis masa untuk selesai menghafaz supaya dapat disiplin.

Yang lebih cantik setiap ayat yang dihafal tu kita tahu serba sedikit tentang latarbelakangnya.

Senarai ini hanyalah perkongsian tips buat anda yang berazam untuk mula menghafaz.

InshaAllah dengan barakah yang ada dalam bulan Ramadhan, usaha anda akan dipermudahkan Allah.

Apa pun, cari dan usahakan gaya dan rentak anda sendiri supaya anda selesa dan tidak tertekan semasa berada di dalam pengembaraan ini.

Penulis

Fakhrur Radzi
fakhrurradzi.wordpress.com

(Sumber: QuranicGen.com, disunting oleh Zikri Zainudin)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan