Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

8 mati dalam serangan sasar mahkamah

SEORANG lelaki yang cedera dalam serangan berkenaan dibawa ke sebuah hospital di Peshawar.
SEORANG lelaki yang cedera dalam serangan berkenaan dibawa ke sebuah hospital di Peshawar.

Peshawar: Satu serangan berani mati di perkarangan sebuah mahkamah di sini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.

Pegawai kanan polis Sohail Khalid berkata, tiga anggota polis antara yang mati.

Seorang lagi pegawai kanan, Saeed Wazir berkata, serangan itu menyasarkan bangunan mahkamah di bandar Shabqadar.

“Penyerang cuba memasuki kompleks mahkamah dan dia meletupkan dirinya apabila polis menghalangnya,” kata Saeed.

Shabqadar yang terletak kira-kira 150 kilometer ke barat laut Islamabad, ibu negara Pakistan serta berhampiran kawasan suku kaum Mohamand, tempat berlakunya beberapa serangan baru-baru ini. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan