Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

8 Kebaikan Taubat Buat Hamba Manusia

9:24am 06/10/2016 Zakir Sayang Sabah 82 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Taubat menurut bahasa ertinya ‘kembali’. Maksud dari istilah syarak pula ialah ‘kembali kepada kesucian setelah melakukan dosa’. Jika ditakrifkan secara lengkap, taubat membawa maksud ;

“ Memperbetulkan perbuatan yang salah dan mendekatkan diri kepada Allah dengan mentaati suruhanNya dan kembali kepada Allah ; iaitu dengan memperbaharui niat yang betul untuk melakukan amal kebajikan.”

Sebagai seorang manusia, kita akan sentiasa diuji. Adakalanya dinding iman kita tidak cukup kuat sehingga ia runtuh dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti. Kita amat beruntung kerana Allah membuka pintu taubatnya setiap masa selagi nyawa di kandung badan. Namun, peluang ini bukanlah tiket untuk menangguhkan taubat kerana ajal seseorang itu adalah rahsia Allah.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tiap-tiap bani Adam itu membuat kesalahan, tetapi sebaik-baiknya orang yang banyak membuat kesalahan ialah orang yang banyak bertaubat.”

(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Seseorang yang ikhlas dalam taubatnya memperoleh banyak kebaikan . Antaranya ;

1. Dicintai Allah

Firman Allah S.W.T.

“Sungguh, Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.”

Al-Baqarah: 222

2. Menghapuskan Dosa-Dosa

Firman Allah S.W.T ;

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan sempurnakanlah kami; sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

At-Tahrim: 8

3. Menjauhkan Diri Daripada Lingkungan Keburukan

Allah S.W.T berfirman ;

“ Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Al Hujurat: 11

4. Mendapat Kejayaan Di Dunia Dan Di Akhirat

Allah S.W.T berfirman ;

” Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.”

An-Nur: 31

Allah S.W.T juga berfirman ;

“ Maka, ada pun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan kebajikan, maka mudah-mudahan dia termasuk orang yang beruntung.”

(Al-Qasas: 67)

5. Mengubah Dosa Kepada Kebaikan

Allah S.W.T berfirman;

“ Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Al-Furqan:70

6. Mendapat Ganjaran Daripada Allah S.W.T

Allah S.W.T berfirman ;

“ Maka aku berkata (kepada mereka), ‘Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”

Nuh: 10-12

7. Membuang Kekosongan Hati Dan Mendekatkan Diri Kepada Allah

Firman Allah S.W.T ;

“ Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sungguh aku pemberi peringatan yang jelas dari Allah untuk mu.”

Az-Zariyat:50

8. Mensucikan Hati

Firman Allah S.W.T ;

“ Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati-hati mereka.”

Al-Mutaffifin: 14

Apa jua yang kita lakukan pastikan ia adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. Begitulah jua dengan taubat. Taubat membuahkan rasa takut dan harapan, pergantungan dan kesyukuran kepada Allah.

Ia menaikkan satu lagi tingkat keimanan yang kita tahu adakalanya naik dan adakalanya turun. Kita perlu menjaga iman agar bila sampainya masa untuk kita meninggalkan dunia ini, kita pergi dengan keampunan dari Maha Pengampun.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Anas)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan