Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

8 kampung di Kudat, Sabah dilanda banjir

LAPORAN banjir yang melanda Kampung Tamalang, Jalan Cheong, Kudat, hari ini. Semua penghuni dinasihatkan berpindah. - Foto ihsan bomba
LAPORAN banjir yang melanda Kampung Tamalang, Jalan Cheong, Kudat, hari ini. Semua penghuni dinasihatkan berpindah. – Foto ihsan bomba

KUALA LUMPUR: Selain Perak, Johor, Kelantan dan Pahang, lapan kampung di Kudat, Sabah turut dilanda banjir akibat hujan lebat sejak petang semalam.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Sabah belum dikenal pasti manakala mangsa banjir di Perak, Johor dan Kelantan berkurangan sehingga petang ini.

Di SABAH, Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata antara kampung yang terjejas ialah Kampung Gumpa, Kampung Bak-Bak dan Kampung Korina termasuk di pekan Kudat.

Menurutnya, Jalan Kampung Tamalang ke Kampung Sikuati terputus hubungan kepada kenderaan ringan.

Tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat ini memandangkan air masih berada pada paras 1.9 meter, katanya.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus menurun sebanyak 1,940 orang daripada 536 keluarga di 11 pusat pemindahan banjir, berbanding 1,948 orang daripada 538 keluarga pagi tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata, jumlah mangsa banjir di Perak Tengah menurun kepada 1,620 orang manakala di daerah Hilir Perak kekal sebanyak 210 orang, Manjung (76 orang) dan Hulu Perak (34 orang).

Di JOHOR, hanya lima mangsa daripada satu keluarga masih berada di pusat pemindahan di Segamat petang ini berbanding 18 orang membabitkan empat keluarga, pagi tadi.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, keluarga itu yang termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berada di Balai raya Kampung Spang Loi, Mukim Buloh Kasap.

Di KELANTAN, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir berkurangan kepada 1,415 daripada 343 keluarga di 21 pusat pemindahan berbanding 1,525 daripada 368 keluarga pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan Machang sebanyak 30 orang, di Kuala Krai kekal 878 orang manakala Gua Musang dan Tanah Merah masing-masing kekal 414 orang dan 93 orang.

Di PAHANG jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Temerloh masih kekal 981 orang.

– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan