Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

8 Individu Tempatan & Warga Asing Terlibat Dadah Ditahan

7:03pm 22/11/2016 Pak Roshan 377 views Berita Pilihan,Jenayah

ipd tawau

TAWAU – Polis menahan lapan individu yang disyaki anggota sindiket dadah di sini dan merampas syabu seberat 2037.97 gram yang bernilai RM220,000 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata kesemua suspek terdiri daripada dua wanita tempatan, empat wanita dan seorang lelaki Filipina serta seorang lelaki Indonesia berumur antara 16 hingga 59 tahun ditahan dalam dua serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi di belakang Pasar Tanjung.

“Pada serbuan pertama, tiga wanita termasuk seorang warga tempatan yang diserbu polis terkejut dan cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap dan pemeriksaan lanjut terhadap beg plastik hitam yang dipegang salah seorang suspek menemukan di dalamnya tiga paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

 Menurutnya, lanjutan tangkapan awal itu, polis turut menahan tiga wanita dan dua lelaki dipercayai rakan kepada ketiga-tiga suspek di sekitar tempat kejadian pada hari sama.

“Ekoran penahanan itu, turut disita adalah wang tunai RM30,000 daripada salah seorang suspek dan dipercayai duit itu merupakan hasil pengedaran dadah,” katanya.

Fadil berkata kesemua suspek ditahan didapati negatif ujian saringan urin dan hanya seorang suspek iaitu wanita tempatan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Ditanya sama ada kesemua suspek mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa, Fadil berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu dan tidak menafikan perkara itu didalangi sindiket antarabangsa.

 “Ketiga-tiga suspek wanita dalam serbuan pertama disyaki transporter dadah ini kerana Tawau merupakan daerah persempadanan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya kejayaan tangkapan kali ini merupakan hasil operasi polis yang dijalankan secara terancang.

“Menjadi fokus kita kepada operasi dadah dan pelbagai lagi termasuk jenayah kekerasan dan kejayaan dalam setiap operasi itu adalah hasil kerjasama bantuan masyarakat yang turut memberi maklumat,” katanya. – BERNAMA

ipd tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan