Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

8 dibunuh penjenayah

MAYAT seorang mangsa dibawa keluar dari sebuah rumah di timur laut Edmonton di Alberta, Kanada, semalam.
MAYAT seorang mangsa dibawa keluar dari sebuah rumah di timur laut Edmonton di Alberta, Kanada, semalam.

Edmonton (Kanada): Seorang lelaki mempunyai rekod jenayah membunuh enam orang dewasa dan dua kanak-kanak sebelum membunuh diri di sini, semalam.

Cindy Duong, 37, mati ditembak di kediamannya di selatan Edmonton kelmarin, sementara dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 dan 50 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki bawah umur 10 tahun ditemui mati beberapa jam kemudian di sebuah rumah di timur laut bandar itu.

Mayat suspek pula dijumpai di sebuah restoran di sebuah asrama di Fort Saskatchewan.

Bercakap pada satu sidang akhbar, Ketua Polis Edmonton Rod Knecht menyifatkan kejadian itu sebagai pembunuhan beramai-ramai paling buruk di bandar berkenaan.

Menurutnya, tidak ada bukti menunjukkan pembunuhan itu dilakukan kumpulan samseng.

Knech turut memberitahu, motif serangan itu ialah pembunuhan beramai-ramai yang tidak masuk akal yang sudah dirancang dan sengaja dilakukan.

Dia tidak mendedahkan nama suspek tetapi berkata, polis mengenali pembunuh berkenaan yang mempunyai rekod jenayah sejak 1987.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan