Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,774

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

79 rumah papan dibina dekat bangunan DUN akan diroboh

4:15pm 25/11/2016 Pak Roshan 1423 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
AKAN DIROBOH ... antara rumah setinggan yang dibina di Teluk Layan Besar.

AKAN DIROBOH … antara rumah setinggan yang dibina di Teluk Layan Besar.

KOTA KINABALU: Sebanyak 79 buah rumah papan yang dibina berdekatan dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri akan dirobohkan pada bila-bila masa sahaja oleh pihak berkuasa.

79 buah rumah itu ialah di Teluk Layan Kecil, Teluk Layan Besar dan Setinggan UMS.

Rumah-rumah papan ini dibina pada 2013 secara haram oleh pendatang tanpa izin dan juga rakyat tempatan yang boleh menjejaskan pandangan mata.

Penolong Pemungut Hasil Jabatan Tanah dan Ukur, Awang Fauzi Awang Tahir berkata kerja-kerja meroboh itu akan memakan masa dalam tempoh sebulan atau dua selepas semua penduduk membersihkan atau mengeluarkan barang-barang mereka dari dalam rumah.

“Kita sudah pun memberikan mereka notis dalam tempoh sebulan dan selepas itu, kita akan kembali semua untuk merobohkan rumah-rumah ini,” katanya ketika mengadakan pemeriksaan di Teluk Layan Besar kelmarin.

Turut bersama dalam pemeriksaan itu Pegawai dari Bandaraya Kota Kinabalu, Amir Izzat. Menurut Awang Fauzi, operasi kelmarin hanyalah untuk kerja-kerja membanci dan menanda rumah-rumah yang akan dirobohkan.

“Kami mendapati para penduduk memasuki kawasan ini secara haram, hari ini kita menjalankan bancian dan menandai rumah-rumah yang akan dirobohkan,” katanya sambil menambah tanda-tanda berbeza diberikan kepada rumah-rumah yang dibina oleh pendatang dan rakyat tempatan.

Awang Fauzi juga berkata kerja-kerja merobohkan rumah haram telah dijalankan di Teluk Layan Kecil pada Mei tahun ini semasa operasi bersepadu Dewan Bandaraya.

“Sepatutnya tidak ada lagi bangunan didirikan di situ tetapi dari pemerhatian satelit melalui Google menunjukkan masih terdapat rumah-rumah di sana, dari itu kita akan menjalankan siasatan dan akan mengeluarkan notis untuk merobohkan rumah- rumah setinggan haram ini,” katanya sambil menambah pada 2013, bancian menunjukkan terdapat 98 rumah haram di kawasan ini. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan