Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

78 masih hilang

9:14am 21/12/2015 Pak Roshan 3 views Global
PASUKAN perubatan merawat mangsa kemalangan feri yang ditemui selamat.

PASUKAN perubatan merawat mangsa kemalangan feri yang ditemui selamat.

Siwa: Seramai 78 orang masih belum ditemui selepas hampir 24 jam sebuah feri hilang setelah berdepan dengan masalah di tengah laut yang bergelora di luar pantai Sulawesi, lewat petang kelmarin.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan feri itu karam.

Pegawai kementerian pengangkutan berkata, setakat ini, tiga disahkan mati, dua daripadanya kanak-kanak sementara 39 yang lain diselamatkan selepas mereka ditemui berpaut pada pelampung selama beberapa jam.

Pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui feri itu, kata polis.

Feri yang membawa 118 penumpang dari sekitar pulau Sulawesi menghantar isyarat kecemasan lewat petang Sabtu.

Usaha mencari baki 78 mangsa berdepan dengan masalah kerana keadaan laut yang bergelora dengan ombak setinggi lima meter.

Apabila ditanya sama ada feri itu karam, jurucakap polis Sulawesi Selatan Frans Barung berkata: “Mungkin ia, mungkin tidak.

“Kami masih belum menemuinya kerana cuaca tidak bagus.”

Menurutnya, feri berkenaan dibuat daripada gentian kaca menyebabkan dia tidak mudah karam.

Pihak berkuasa terputus hubungan dengan feri itu lewat petang Sabtu dan ia gagal tiba di destinasinya di Siwa seperti yang dijadualkan.

Pegawai mulanya menolak laporan feri itu karam, sebaliknya berkata, ia hanyut selepas mengalami masalah enjin.

Gerakan mencari membabitkan polis, tentera laut dan juga pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua pasukan mencari dan menyelamat tempatan Roki Asikin berkata, ombak kuat menyebabkan usaha membawa mangsa yang terselamat ke pantai mengambil masa sehingga tiga jam.

Indonesia yang terdiri daripada 17,000 pulau banyak bergantung kepada perkhidmatan feri. Bagaimanapun, industri itu mempunyai rekod keselamatan yang buruk dan kemalangan meragut nyawa sering berlaku.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan