Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

78 buah projek PIA dan PIAS diluluskan

 

Datuk Zakaria (enam dari kiri) menyempurnakan pengundian berkomputer Projek PIA dan PIAS.
Datuk Zakaria (enam dari kiri) menyempurnakan pengundian berkomputer Projek PIA dan PIAS.

 SANDAKAN- Sebanyak 78 buah Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) yang bernilai lebih RM4.4 juta telah diluluskan bagi daerah Sandakan pada tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada peruntukan RM77.96 juta bagi pelaksanaan Projek PIA dan PIAS di negeri ini seperti yang telah diluluskan dalam Bajet 2015.

Katanya, peruntukan yang diterima bagi Sabah adalah lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain berdasarkan faktor keluasan negeri selain keperluan lebih banyak projek pembangunan untuk kemudahan masyarakat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengundian Berkomputer Projek PIA dan PIAS bagi daerah Sandakan di Dewan Serbaguna Libaran di sini, kelmarin. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Musa berkata, adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri dan rakyat agar para kontraktor yang berjaya, dapat melaksanakan projek dengan cepat, berkualiti dan memenuhi spesifikasi kerja yang telah ditetapkan, selaras objektif program PIA dan PIAS iaitu semua projek perlu disiapkan dalam tempoh 4 hingga 12 minggu.- OLEH AA / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan