Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

776 Peneroka Rancangan Felda Umas Terima Geran Tanah

cm

TAWAU : Penantian lebih 30 tahun oleh 776 peneroka Rancangan Felda Umas di sini berakhir hari ini apabila kerajaan negeri mengeluarkan geran tanah kepada mereka.

Geran bagi keseluruhan tanah berkeluasan 4,525 hektar itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dalam satu majlis penyampaian hak milik tanah peneroka di Felda Gugusan Umas.

Berucap pada majlis itu, Musa mengingatkan penerima geran agar tidak menjual tanah sebaliknya memanfaatkan sebaik mungkin untuk diwariskan kepada anak cucu mereka.

Musa meminta agar peneroka mengusahakan tanah itu sehingga mendapat pulangan yang baik bagi mempertingkatkan ekonomi masing-masing selain menyokong kepimpinan kerajaan.

“Kerajaan di bawah parti Barisan Nasional berusaha memberi kehidupan terbaik terutamanya kepada peneroka Felda di Sabah.

“Anda harus pandai mengenang budi pemimpin dan kerajaan negeri. Kami akan pastikan peneroka memiliki geran tanah dan menikmati pelbagai manfaat pembangunan,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan