Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

76 anak- anak ahli KOPEKS terima insentif pendidikan

8:04pm 19/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 26 views Tempatan
Maznah (ketiga dari kanan) dan Umar ( ketiga dari kiri) bersama para penerima insentif pendidikan.

Maznah (ketiga dari kanan) dan Umar ( ketiga dari kiri) bersama para penerima insentif pendidikan KOPEKS

KOTA KINABALU- Seramai 76 anak- anak anggota Koperasi Pekerja- Pekerja Kerajaan Sabah Bhd (KOPEKS) menerima insentif KOPEKS bernilai lebih RM11,600.

Menurut Pengerusi KOPEKS, Datuk Hjh Maznah Hj Abdul Ghani, kesemua penerima insentif merupakan para pelajar yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 dan 2015.

“Apabila KOPEKS mencatat keuntungan maka koperasi boleh memberi dan meningkatkan kebajikan dalam pelbagai bentuk program kemasyarakatan seperti insentif pendidikan kepada anak anggota yang berjaya dalam peperiksaan PT3 dan SPM,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di dalam majlis perasmian penyampaian insentif pendidikan anak anggota dan pelancaran pengagihan dividen KOPEKS bagi tahun 2014 di Dewan Serbaguna JKR, Sembulan, disini hari ini.

Katanya, pembayaran dividen pada tahun 2014 merupakan yang tertinggi iaitu berjumlah RM 665,892 atau 15 peratus sejak penubuhan koperasi tersebut pada tahun 1964.

“Pembayaran ini adalah daripada keuntungan bersih tahun berkenaan sebanyak RM 2.779 juta, iaitu agihan satu peratus atas yuran, lima peratus atas saham dan tambahan sembilan peratus lagi saguhati jua atas saham anggota,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri Sabah, Umar Sarim Saidin menyeru kepada semua ahli anggota KOPEKS agar menambah jumlah saham mereka dalam koperasi tersebut dan menjelaskan yuran keahlian.

Katanya, penambahan jumlah saham dalam koperasi tersebut dapat memastikan saham itu dapat bergerak disamping dapat mengurangkan kerugian koperasi tersebut.

“Kerugian terkumpul KOPEKS sejak diambil oleh SKM dulu adalah lebih daripada RM 24 juta dan saya difahamkan hari ini tahun ini kerugian terkumpul sudah kurang dari RM 1juta. ini bermakna tahun kewangan pada tahun hadapan akan positif dan tidak akan ada masalah.

“Apabila sesebuah koperasi tidak mempunyai kerugian terkumpul, maka ahli anggota dapat menuntut dividen yang lebih tinggi,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan