Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

754 ahli Warisan, 120 ahli STAR sertai BN

Sandakan : Seramai 754 ahli Parti Warisan dan 120 ahli Parti STAR keluar parti dan menyertai Parti Barisan Nasional (BN).

Borang keahlian mereka diserahkan oleh wakil, Abdullah Madun kepada Perdana Menteri merangkap Presiden BN, Tan Sri Najib Tun Razak dan disaksikan Ketua Menteri Sabah yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman.

Mereka terdiri daripada ketua-ketua cawangan iaitu MPS Darat 02, MPS Jambatan 1, Kg Batu Sapi Darat 1, Tabah Baru Laut, Kongsi Teck Heng Loong Laut, Kg Di Sayang Laut, Kg Tabah Baru 2, Kg Mautas, Kg Seri Pantai Pulau Berhala Laut dan Kg Seri Pantai Pulau Berhala Tengah.

Turut menyerahkan borang keahlian parti BN adalah Ketua Bahagian Parti Star DUN Sungai Sibuga, Roslan Yusof bersama lapan orang ketua cawangan berjumlah 120 orang.

Menurut Najib, bilangan ahli yang keluar daripada parti pembangkang itu membuktikan rakyat mula sedar hanya parti BN yang mampu memberi kesejahteraan hidup yang lebih baik kepada rakyat.

Justeru, beliau menyeru rakyat agar membuat pilihan yang terbaik demi kesinambungan pembangunan sosio-ekonomi serta pendidikan di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia Batu Sapi oleh Najib, pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, calon BN Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin, calon BN DUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan calon BN DUN Karamunting, Lim Kai Ming./Penerangan-

Ahli Parti Warisan yang menyertai BN menanggalkan baju mereka sambil salah seorang mebisikkan sesuatu kepada Samsudin.

Komen


Berita Berkaitan