Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

740 Pati Ditahan Dalam Operasi Di Labuan

pati labuan
Gambar Hiasan

LABUAN – Sejumlah 740 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam dua operasi bersepadu yang dijalankan mulai 1 Jan hingga 15 Feb di sini.

Operasi itu yang tertumpu di kawasan penempatan pelarian Kiansam, kawasan setinggan dan tapak pembinaan, diketuai Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengarah MKN Sabah dan Labuan, Rodzi Mad Saad berkata operasi itu susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), yang antara lain mengesyorkan operasi berterusan yang berkesan terhadap PATI.

Beliau berkata dalam operasi pertama pada Januari, 650 orang ditahan membabitkan warga Filipina (611), Indonesia (38) dan warga lain (seorang).

Rodzi berkata baki 90 orang lagi ditangkap semasa operasi sehari pada Ahad.

“Kesemua mereka antara 1,726 orang yang ditahan dalam operasi itu di beberapa lokasi termasuk di kawasan bandar,” katanya.

Rodzi berkata kesemua PATI yang ditahan, dihantar ke pusat tahanan Papar untuk siasatan mengikut Akta Imigresen dan urusan dengan Kedutaan Filipina untuk pengusiran mereka.

“Kami menganggap operasi ini berjaya, membabitkan anggota daripada Perbadanan Labuan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, RELA (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia), polis dan Jabatan Laut Sabah,” katanya.

Rodzi berkata operasi mengesan PATI di Sabah dan Labuan akan dipergiat serta diteruskan diketuai MKN untuk membendung kebanjiran pendatang asing. – BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan