Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

74 Pati Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Silam, Lahad Datu

1:01pm 08/08/2016 Pak Roshan 1480 views Jenayah,Mutakhir

pati

LAHAD DATU : Polis menahan 74 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam operasi bersepadu di Kampung Sri Aman Muhibbah Silam dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata daripada jumlah itu 31 adalah lelaki dewasa dan sebelas kanak-kanak lelaki, 21 perempuan dewasa dan sebelas kanak-kanak perempuan.

Katanya operasi itu bagi membanteras kebanjiran PATI di daerah ini.

Dalam operasi itu pihaknya memeriksa 150 rumah di perkampungan berkenaan yang terletak 24 kilometer dari pusat bandar Lahad Datu dan 95 orang dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tujuan dokumentasi.

Seramai 74 warganegara Filipina yang tidak memiliki dokumen ditahan dan selebihnya dibebaskan setelah pihak polis dan Jabatan Immigresen berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi itu diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ASP Abdul Satal Mad Buraisal dan turut melibatkan agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen, Pasukan Gerakan Am Batalion 17 Lahad Datu, anggota Tentera Kem Lahad Datu dan Majlis Daerah Lahad Datu.

Hamzah berkata operasi itu yang dijalankan di perkampungan tersebut berdasarkan maklumat mendapati terdapat ramai PATI yang berpindah ke lokasi itu ekoran kekerapan operasi di perkampungan tepi laut atau berdekatan pusat bandar Lahad Datu.

Menurutnya kesemua PATI dihantar terus ke Pusat Tahanan Sementara Sandakan bagi menunggu proses pengusiran balik ke negara asal.

Beliau berkata operasi sebegini akan kerap diadakan dan meminta kerjasama daripada masyarakat menyalurkan maklumat untuk diambil tindakan selanjutnya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan