Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

74 Kadet PTD tamat kursus modul pengurusan bencana dan ketenteraman awam

6:55pm 12/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 76 views Tempatan
Hamdan (tengah) memeriksa barisan

Hamdan (tengah) memeriksa barisan

KOTA KINABALU- Seramai 74 orang kadet Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) berjaya menamatkan kursus modul pengurusan bencana dan ketenteraman awam yang berlansung selama 12 hari bermula 1 Februari, lalu sehingga hari ini.
Menurut Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan Ys. PKBjB Mohd Hamdan Wahid, tujuan latihan ini bukan sahaja mengenali perkhidmatan kebombaan dan keselamatan kebakaran, tetapi kesemua peserta kursus tersebut didedahkan mengenai isu-isu yang mempunyai hubungkait dgn bidang tugas mereka.
“Modul tersebut merupakan salah satu modul yang diperlukan oleh kadet PTD bagi memenuhi keperluan dalam kursus diploma pentadbiran awam.
“Apabila berlakunya satu krisis atau bencana, ia bukan sahaja akan diselesaikan oleh satu organisasi sahaja tetapi ia akan melibatkan organisasi yang lain,”ujar beliau.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar sempena Majlis penutupan Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam di Padang Kawad Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, para peserta turut didedahkan dengan pengurusan kebombaan, keselamatan kebakaran, pengurursan risiko, latihan- latihan yang memperlihatkan ketahanan jati diri dalam setiap peserta kursus tersebut.
“Mereka turut didedahkan dengan aktiviti komuniti… dimana kita melawat tapak- tapak atau tempat penduduk yg tertentu… agar mereka menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan komuniti,”katanya.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan