Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

73 militan ditembak mati

GAMBAR yang dirakam kelmarin menunjukkan polis memeriksa mayat yang didakwa anggota BIFF di bangunan Shariff Aguak di Maguindanao.
GAMBAR yang dirakam kelmarin menunjukkan polis memeriksa mayat yang didakwa anggota BIFF di bangunan Shariff Aguak di Maguindanao.

Manila: Tentera Filpina semalam mendakwa membunuh 73 militan Islam, termasuk seorang yang dikatakan berwajah ‘orang asing’ mungkin antara suspek pengganas yang dikehendaki Amerika Syarikat.

Tentera negara itu melancarkan serangan terhadap Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF)sejak bulan lalu di kubu mereka di Pulau Mindanao.

“Seorang daripada mereka kelihatan seperti orang luar,” kata jurucakap tentera Brigadier Jeneral Joselito Kakilala ketika memberi taklimat mengenai operasi berkenaan kepada wartawan.

Menurutnya, mayat terbabit sama dengan militan Islam yang dalam senarai ‘orang amat dikehendaki’ Amerika Syarikat.

Dia bagaimanapun enggan menyebut nama suspek.

Kakilala juga berkata, enam tentera turut terbunuh dan 28 lagi dalam operasi itu.

Serangan dilancarkan ekoran kegagalan operasi antikeganasan Januari lalu hingga menyebabkan 44 komando polis terbunuh.

Serangan tertumpu di kawasan Liguasan di Mindanao, tempat militan Filipina Abdel Basit Usman, antara suspek yang diburu Amerika Syarikat, terselamat dalam operasi 25 Januari lalu.

BIFF kini dipercayai mempunyai kurang daripada 300 anggota tetapi pemimpinnya, Ameril Umrakato masih berpengaruh di kawasan itu.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan