Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

7,200 anggota JPAM bertugas Ops Bantu seluruh negara

JPAMopsbantu

KOTA BHARU – Seramai 7,200 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) ditempatkan di sekitar kawasan jalan raya utama dan jalan kampung dalam Ops Bantu sempena musim perayaan yang bakal menjelang dua minggu lagi melibatkan 86 kawasan dikenal pasti di seluruh negara.

Ketua Pengarah JPAM, Datuk Zaitun Ab Samad berkata, dalam ops berkenaan anggota ditugaskan membantu pengguna jalan raya jika menghadapi sebarang kesulitan atau masalah dalam perjalanan balik ke kampung halaman termasuk ketika kembali ke kediaman masing-masing.

“Ops ini yang bermula pada 24 Julai ini dan berterusan selepas Syawal selama seminggu dilancarkan, bagi memastikan pengguna jalan raya selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan bantuan yang kami sediakan.

“Kita akan tempatkan empat anggota di setiap lokasi dengan dua orang ditugaskan untuk meronda manakala dua lagi mengawasi kawasan sekitar dalam tempoh terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Singgah Sahur bersama anggota dan pegawai JPAM Kelantan di ibu pejabat Jalan Bayam, Kota Bharu, kelmarin.

Sementara itu, Zaitun berkata, dalam ops yang masuk tahun kesembilan ini, pihaknya bukan sahaja bertindak memberi bantuan kecemasan, malah turut menyampaikan bekalan makanan kepada pengguna jalan raya dan anggota penguat kuasa untuk berbuka puasa di samping hamper makanan sempena sambutan Syawal.

Zaitun menasihatkan supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika tiba musim perayaan dan memandu secara berhemah memandangkan kejadian tidak diingini boleh berlaku tanpa diduga.

“Oleh itu saya harapkan pengguna jalan raya merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan