Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

72 SERANGAN SASAR PETUGAS MEDIA

ISRAEL SASAR MEDIA

GENTING GAZA – PALESTIN. Rejim Zionis telah melancarkan 72 serangan yang menyasarkan petugas media di wilayah Gaza, menurut Kementerian Maklumat Palestin, kelmarin.

Perkara itu didedahkan selepas wartawan Sameh al-Arian dan Mohamed Daher terkorban pada Khamis lalu.

Sehari sebelum itu, rakan mereka, Ramy Rayyan dan Ahed Zaqqout juga dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan di kawasan berhampiran pasar sesak di tengah bandar Gaza.

Difahamkan, lima petugas media termasuk seorang wanita maut pada minggu pertama Israel melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan, 8 Julai lalu.

Sejak lebih 20 hari lalu, sekurang-kurangnya sembilan wartawan terbunuh manakala 16 cedera akibat bedilan rejim Zionis, laporan dipetik dari Middle East Monitor.

Komen


Berita Berkaitan