Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,718

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

72 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

11:51pm 13/11/2016 Pak Roshan 393 views Jenayah,Mutakhir

pati

KOTA KINABALU – Seramai 72 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu hari ini dalam Operasi Bersepadu selama 10 jam melibatkan pelbagai agensi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra berkata daripada jumlah berkenaan, 70 daripadanya adalah warga Filipina manakala dua warga Indonesia.

Menurut M.Chandra operasi yang bermula kira-kira pukul 1 pagi dan berakhir 10 jam kemudian, melibatkan 117 anggota penguatkuasa dan lima pegawai berkenaan dijalankan di 10 penempatan setinggan dan rumah pekerja di Tebobon, Inanam, Kolombong dan Luyang.

“Seramai 146 individu diperiksa dalam operasi ini dan 72 PATI yang tahan itu berumur antara satu tahun hingga 65 tahun,” katanya.

M.Chandra juga berkata 50 buah rumah juga telah ditanda oleh pihak berkuasa tempatan untuk dirobohkan dalam operasi berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, dua lelaki turut ditahan dalam operasi berkenaan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan