Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

71 pengusaha premis makanan Labuan dapat Gred A tahun lepas

Bashir (kiri) menyampaikan anugerah Gred A kepada salah satu premis.

LABUAN-“ Sebanyak 71 buah premis makanan di Labuan telah mendapat gred A melalui penilaian atau pemarkahan Penggredan Premis Makanan yang telah dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan dan Jabatan Kesihatan Labuan bermula Januari hingga Disember 2017,”.

“Sebanyak 176 buah premis makanan telah diperiksa pada tahun lepas bagi memastikan semua pengusaha premis makanan di Labuan ini mematuhi kesemua aspek kesihatan makanan dan kebersihan premis mereka,”.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Azhar Ahmad berkata demikian pada Majlis Anugerah Kebersihan Premis Makanan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2017 di salah sebuah hotel terkemuka, di sini, malam tadi.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Senator Dewan Negara, Datuk Bashir Alias yang mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan.

Ujar Azhar, Program Penggredan tersebut merupakan satu program yang begitu penting dalam aspek pencegahan penyakit yang mana kita sedia maklum bahawa penyakit bawaan makanan dan air seperti keracunan makanan, tifoid, kolera dan hepatitis A masih berlaku di Malaysia yang mana ia perlu diberi perhatian yang serius.

“Ini ditambah pula dengan perubahan gaya hidup penduduk Malaysia yang pada masa ini lebih gemar makan dan bersantai di luar menyebabkan pertambhan bilangan premis makanan seperti restoran, restoran makanan segera, “food court” dan kiosk,” ujar Azhar lagi.

Salah satu Pengusaha Restoran yang mendapat Gred A adalah  Datuk Chin Hon Vui yang mengusahakan Restoren  Mr. Crab Seafood dan Steamboat, berpendapat bahawa aspek kebersihan premis amat diberi kepentingan oleh beliau yang mana ia memberikan imej yang baik kepada premis makanan.

Disebabkan premis makanannya kerap dikunjungi oleh para pelancong luar, maka itu beliau komited terhadap aspek-aspek kebersihan bukan sahaja persekitaran premis bahkan para pekerjanya turut diterapkan tentang amalan kebersihan diri, katanya.

Bagi pemilik Restoren Deens,  Mohd Tajudin Mohd, restorennya telah berjaya mendapat pengredan A lebih dari 10 kali yang mana ia merupakan pencapaian yang terbaik hasil dari kerjasama para pekerjanya yang mementingkan aspek kebersihan.

Tajudin berkata pemeriksaan berkala oleh Jabatan Kesihatan Labuan dan juga Perbadanan Labuan juga turut membantu premisnya sentiasa peka tentang kebersihan.

Bagi Pengurus “Outlet” Restoren Red Onion, Ailyn Omandam pula, dengan adanya anugerah ini, ia dapat mengalakkan lagi para pengusaha makanan di Labuan ini agar komited dan mendidik para pekerja mereka tentang perlunya menjaga kebersihan premis mereka dan pada masa yang sama para pelanggan mereka turut selesa dengan kebersihan dan tatacara penyediaan makanan yang bersih dan teratur.-Penerangan Labuan

Komen


Berita Berkaitan