Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

70,000 dilarang masuki Makkah

SUASANA di Masjidilharam, kelmarin. - Brunei Islam
SUASANA di Masjidilharam, kelmarin. – Brunei Islam

Makkah: Pihak berkuasa Arab Saudi menghalang lebih 70,000 orang tanpa permit haji memasuki bandar suci ini.

Menurut polis, lebih 28,000 kenderaan yang didapati mencabuli syarat untuk mengangkut jemaah haji juga diarah berpatah balik.

Pihak berkuasa haji negara itu menetapkan kenderaan yang membawa kurang daripada 25 penumpang tidak boleh memasuki Makkah menjelang musim haji ini.

Kenderaan yang mematuhi syarat bilangan penumpang tetapi tidak mempunyai permit untuk mengangkut jemaah juga diarah berpatah balik.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan markas keselamatan haji. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan