Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

7,000 liter petrol dirampas, seorang ditahan

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan Polis Marin selepas gagal menunjukkan bukti pembelian sah 7,000 liter minyak petrol yang dibawa di dalam kenderaan pacuan empat roda di Sungai Tanjung Batu Laut, Logpond di sini, semalam.

Komander Polis Marin Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Polis Mohamad Madun berkata, suspek berumur 27 tahun itu ditahan dalam satu operasi polis kira-kira jam 10.45 pagi.

“Semasa sepasukan polis diketuai Assisten Supritendant Krishnan A/L Ramasamy sedang melakukan tugas pemantauan dan risikan di kawasan berkenaan, mereka ternampak dengan sebuah kenderaan yang dalam keadaan mencurigakan,” katanya ketiak dihubungi di sini hari ini.

Katanya, anggota polis kemudian menahan dan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit, sebelum polis menemui sebanyak 28 gelen minyak di ruang belakang dan tempat duduk penumpang yang ditutup menggunakan canvas.

“Setiap gelen mampu mengisi sebanyak 25 liter minyak petrol yang dianggarkan bernilai RM71,377,” katanya lagi.

Mohamad berkata, suspek yang memandu kenderaan tersebut bagaimanapun gagal menunjukkan resit pembelian serta permit sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung penemuan minyak berkenaan.

Suspek lelaki itu kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 7(4) Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Dalam usaha mencegah dan membanteras aktiviti penyelewengan bahan api oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Polis Marin tidak akan berkompromi sebaliknya akan bertindak tegas demi kepentingan masyarakat dan Negara,” tambah beliau. – oleh Masani Sandan / Sayangsabah

GAGAL DISELUDUP…. Bahan api bernilai RM71,377 yang berjaya dirampas oleh Polis Marin di Tawau. – foto Masani Sandan / Sayangsabah
GAGAL DISELUDUP…. Bahan api bernilai RM71,377 yang berjaya dirampas oleh Polis Marin di Tawau. – foto Masani Sandan / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan