Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

700 Terima Duit Raya Daripada Kementerian Wilayah Persekutuan

labuan

LABUAN : Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini menyampaikan duit raya kepada 700 individu kurang bernasib baik yang terdiri daripada anak yatim, orang kelainan upaya, ibu tunggal, golongan miskin tegar dan warga emas.

Sumbangan itu disampaikan pada majlis berbuka puasa bagi meraikan mereka di Masjid Ar-Rahman, Kg Sg Lada di sini, yang turut dihadiri ketua jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat dan penduduk tempatan.

Dalam ucapan pada majlis itu, menteri berkenaan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sumbangan itu merupakan antara program disusun bersempena Ramadan untuk menghargai dan berkongsi rahmat dengan golongan yang memerlukan bantuan.

“Aktiviti tanggungjawab sosial korporat kami tidak terhad kepada golongan miskin dan anak yatim sahaja, tetapi juga golongan lanjut usia.

“Golongan ini tidak pernah dilupai ketika menyambut apa jua perayaan, terutama pada Ramadan,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan