Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

700 peserta dapat geran komunal

Datuk Bobbey Suan
Datuk Bobbey Suan

NABAWAN: Seramai 700 orang peserta disenaraikan dalam Geran Komunal Kampung Lumuton Sabinait  dan Amintulai  Saliuh di Mukim Pensiangan.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Bobby A. Suan  berkata, Seluas 16,000 ekar tanah di bawah Geran Komunal akan diagih-agihkan kepada penduduk yang telah disenaraikan melalui tapisan jawatankuasa yang telah dibentuk.

Katanya, kawasan terbabit akan diusahakan oleh syarikat yang akan dilantik oleh kerajaan  bagi tujuan penanaman kelapa sawit bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk yang terlibat.

“Penama-penama yang disenaraikan merupakn penduduk asal daerah Nabawan,Pensiangan yang telah ditapis” katanya ketika berucap merasmikan Majlis perasmian Geran Komunal Lumuton Sabinait dan Geran Komunal Amintulai Saliuh Mukim Pensiangan di Kampung Lampas,Sabinait Pensiangan pada Jumaat.

Sehubungan dengan ini Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Nabawan menggesa  penerima geran ini agar memanfaatkan peluang yang diberikan untuk meningkatkan taraf hidup dan sekaligus memastikan geran yang diberikan dengan baik untuk generasi akan datang. – Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan