Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

700 buah gerai meriahkan suasana ramadan

8:24am 10/06/2016 Leolerry Lajius 116 views Tempatan
Yeo ketika melawat tapak bazaar.

Yeo ketika melawat tapak bazaar.

KOTA KINABALU: Secara keseluruhan sebanyak 700 buah gerai di 17 kawasan memeriahkan lagi sambutan bulan ramadan dan menjadi tumpuan para pengunjung untuk membeli juadah berbuka di bazaar ramadan.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, pada tahun ini sambutan agak menggalakkan kerana jumlah peniaga meningkat sebanyak 10 peratus berbanding pada tahun lalu.

“Dalam aspek kebersihan pula, ia memuaskan kerana para peniaga sentiasa memastikan kawasan mereka berniaga sentiasa bersih di samping pihak Jabatan Kesihatan juga sentiasa turun padang untuk memantau bersihan di bazaar ramadan,”katanya ketika membuat lawatan di bazaar ramadan, di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi, pihak DBKK akan sentiasa memberikan keutamaan kepada masyarakat yang ingin berniaga tetapi harus menepati garis panduan yang telah ditentukan.

Sementara itu mengulas mengenai ‘Food Truck’,beliau berkata pihak DBKK tidak menghalang inisiatif perniagaan seumpama ini namun peniaga harus mengikuti garis panduan terutama dalam aspek penjagaan kebersihan.

“Peniaga harus memastikan bekalan air sentiasa ada bagi tujuan mencuci peralatan yang telah digunakan.”

“Dalam masa terdekat kita juga akan menentukan satu kawasan khas bagi mengumpul peniaga ‘Food Truck’ dalam satu tempat,”katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG-20160610-WA0002

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan